JDT Racing Team mendapatkan sentuhan dua mekanik daripada Ducati Racing Team untuk menyelia hal-hal teknikal.

Ia sebagai persiapan untuk Hafizh Syahrin mengharungi Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024, bulan depan.

Loris Caroli dari Itali dilantik sebagai ketua krew sementara Edoardo Ardemagni merupakan seorang mekanik.

Pelantikan Caroli bersandarkan pengalaman luasnya sebagai senior operator pengujian dan kejuruteraan trek untuk Ferrari S.P.A, Clinica della Moto, Team VFT dan HPE S.r.l.

Ardemagni pula merupakan bekas mekanik di Barni Racing Team Ducati, Itali.