Pelumba SS600, Muhammad Helmi Azman, mengharapkan keajaiban di Mandalika, Indonesia, menjelang pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), dua minggu lagi.
Ini kerana saingan di litar baru itu bakal dijadikan peluang terbaik nyadalam misi memburu kemenangan pertama pelumba Boon Siew Racing Team itu musim ini.
Namun, ia bukan misi mudah selain perlu bersaing dengan wakil tuan rumah yang mempunyai kelebihan berlumba di tempat sendiri.
Malah, Helmi melihat rakan sepasukannya juga sebagai ancaman untuk mencapai misinya.
"Ini ibarat trek baru bagi kami, ibarat sesiapa yang cepat (menyesuaikan diri) dalam sesi latihan pertama akan berkelebihan dalam perlumbaan.
"Mungkin ada rezeki saya di Mandalika atau saya cuba kekalkan tempat di atas podium.
"ARRC merupakan pentas untuk kami bersaing dengan pelumba luar tapi kali ini pencabarnya juga termasuk dalam kalangan pelumba negara sendiri.
Helmi kini menguasai kedudukan keempat keseluruhan selepas meraih tempat ketiga dengan menamatkan saingan pusingan ketiga dengan di Litar Antarabangsa Sugo, Jepun, pada 25 Jun lalu.