Insiden di penghujung perlumbaan melibatkan Hafizh Syahrin serta Zaqhwan Zaidi menyaksikan mereka terlepas podium dalam saingan ARRC yang berlangsung hari ini.
Selepas Hafizh Syahrin gah mengungguli perlumbaan pertama semalam, pelumba negara itu sekali lagi turun beraksi dalam saingan perlumbaan kedua hari ini dalam kategori ASB1000.
Hafiz yang bermula di petak pertama berjaya mengekalkan kedudukan tersebut sebaik perlumbaan bermula.
Bagaimanapun, Zaqhwan berjaya memintas Hafizh selepas perlumbaan memasuki pusingan kedua untuk mengambil alih kedudukan pendahulu.
Namun ketika perlumbaan memasuki tiga pusingan terakhir Hafizh kembali memintas Zaqhwan dengan menyaksikan kedua-dua pelumba itu mula bersaing sengit menuju baki pusingan yang ada.
Malang menimpa apabila saingan sengit antara Zaqhwan dan Hafizh ketika menuju garisan penamat berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya bertembung dan terbabit dengan kemalangan di pusingan terakhir.
Ia sekaligus menyaksikan Zaqhwan dan Hafiz hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan dan ke-10.
Manakala Azroy Hakeem Anuar tidak mensia-siakan peluang terhidang untuk memecut dan melintasi garisan penamat selaku juara bagi perlumbaan kedua ini.
Pelumba Thailand, Nakarin Atiratphuvapat kedua manakala Andi Farid Izdihar dari Indonesia ketiga.
Sementara itu dalam aksi SS600 pula, Kasma Daniel Kasmayudin yang memulakan perlumbaan di petak pertama gagal mengekalkan kelebihan itu di saat akhir.
10 pusingan yang diharungi menyaksikan Kasma melakukan henjutan terbaik yang membolehkan dia mengetuai perlumbaan dari awal.
Syarifuddin yang sengaja mengekori rapat di belakang dari awal sehingga ke pusingan kesembilan, bijak membaca corak tunggangan Kasma sebelum melakukan gerakan berani di pusingan terakhir yang menyaksikan dia berjaya memintas kedudukan Kasma.
Syarifuddin berjaya mengekalkan kedudukan itu sehingga melintasi garisan penamat untuk muncul selaku juara perlumbaan kedua diikuti Kasma manakala Adenanta Putra melengkapkan podium.
Bagaimanapun Adenanta masih lagi meungguli kedudukan keseluruhan pelumba dengan mengumpul 152 mata dan hanya dipisahkan 27 mata dengan Kasma Daniel di tempat kedua yang mengumpul 144 mata keseluruhan.