Ahmad Fazrul Sham kekal bermotivasi tinggi dalam pencariannya untuk merebut takhta kategori underbone (UB150).

Pada usia 39 tahun dia menjuarai perlumbaan kedua Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.

Kelibat pelumba Cardinals Factory Racing Team itu secara tidak langsung menjadi inspirasi pelumba-pelumba lain agar tidak mudah patah semangat dalam mengejar impian.

"Syukur saya mendapat kemenangan pertama, memang susah sangat.

"Faktor utamanya adalah pasukan yang banyak membantu kejayaan.

"Saya mencari kejuaraan pelumba, sudah bertahun-tahun saya mencuba tapi tak jumpa-jumpa.




"Tahun ini mungkin susah tapi saya akan cuba lagi tahun depan," katanya sebagai tetamu di Nadi Arena sebentar tadi.

Walaupun impian untuk bergelar juara keseluruhan seakan-seakan sudah tertutup, namun dia bertekad mengekalkan momentum menjelang pusingan terakhir ARRC di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, awal Disember depan.

"Dengan jentera yang ada, saya yakin untuk dapatkan podium lagi.

"Saya perlu lakukan yang lebih baik lagi untuk dapatkan kedudukan lebih baik daripada di Sepang untuk mengisi lima peluma terbaik tahun ini," katanya.