Pelumba berpengalaman negara, Azlan Shah Kamaruzaman, enggan memberi laluan kepada pencabar lain dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 untuknya menyasarkan kedudukan pertama dalam aksi pembuka tirai di laman sendiri, Jumaat depan.
Tiada alasan untuk Azlan gagal menyempurnakan sasaran meraih kedudukan teratas apabila
pusingan pertama ARRC musim ini berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Musim lalu, Azlan hanya meraih kemenangan pertamanya dalam pusingan ketiga perlumbaan 1 kelas
Supersports 600cc di Litar Suzuka, Jepun, pada Jun 2018.
Tahun ini, pelumba berusia 35 tahun itu akan berentap dalam kelas Asia Superbike ASB1000
bersama pasukan baru, TKKR Racing, dengan sesi ujian akan diadakan pada Selasa dan Rabu
depan.
"Masih yakin jentera yang akan kami gunakan tetap kompetitif.
"Saya yakin dengan kemampuan jentera BMW yang akan dipacu selain sokongan yang diterima daripada pasukan Alpha Racing BMW dalam kancah Asia," ujar Azlan.
Azlan baru saja pulang dari Sepanyol minggu lalu berikutan menjalani ujian persendirian selepas
diberi peluang untuk beraksi dalam Kejuaraan Motosikal Eropah (CEV) musim ini dan dijangka akan
berlepas sekali lagi ke sana sejurus berakhir pusingan pertama ARRC minggu depan.
"Saya dan rakan sepasukan berpuas hati dengan prestasi jentera Moto2 yang digunakan di Sepanyol.
"Kali terakhir saya menunggang jentera Moto2 adalah pada 2015.
"Saya menjalani sesi ujian Moto2 minggu lalu dengan agak baik dan tidak sabar untuk mengikuti ujian seterusnya," tambahnya.