Perlumbaan 1 Pusingan 4 IDEMITSU FIM Asia Road Racing Championship (ARRC) dalam kategori Asia Superbike 1000cc di PERTAMINA Mandalika International Circuit, Indonesia hari ini, Andi Farid Izdihar dari Honda Asia-Dream Racing bersama Astemo muncul juara, merangkul tempat teratas di podium.
Terdahulu dalam sesi Kelayakan, Soichiro Minamimoto dari YAMAHA TEKHNE Racing Team ASIA memperoleh kedudukan petak pertama (1’35:426 saat). Di kedudukan kedua ialah Yuki Kunii dari SDG Team HARC-PRO Honda Ph (1'35:789s) diikuti oleh Andi di kedudukan ketiga (1'35:933s).
Yuki menyerbu ke hadapan sebaik sahaja perlumbaan bermula. Di belakangnya ialah Hafizh Syahrin Abdullah dari JDT RACING TEAM, dan Lachlan Epis dari Evolution Sports Group.
Pada pusingan ke-4, Yuki mengekalkan kedudukan teratas, Andi dari P4 ke P3 memintas Hafizh di P2. Di belakang mereka ialah Nakarin Atiratphuvapat dari Honda Asia-Dream Racing dengan Astemo dan Soichiro di P5.
Semasa perlumbaan, Andi berlumba dengan garang untuk mencabar kedudukan teratas Yuki. Usahanya tidak sia-sia apabila memintas Yuki di P1 pada pusingan 10. Di belakang mereka ialah Nakarin dan Lachlan di P3 dan P4.
Pada pusingan ke-11, Lachlan berjaya memintas Nakarin di P3, dan berlumba untuk mengurangkan jurang dengan Yuki di P2.
Pada pusingan terakhir, Andi memecut selepas garisan penamat pada 20'56:409s untuk meraih kemenangan di litar rumahnya.
Andi berkata, “Saya sangat gembira dengan keputusan ini. Kemenangan ini ditujukan kepada semua ahli pasukan yang bertungkus lumus memastikan segala-galanya disediakan dengan sempurna untuk perlumbaan ini. Bersaing dalam perlumbaan rumah saya menambah lapisan motivasi tambahan, dan walaupun saya tidak meletakkan sasaran yang luar biasa, matlamat saya hanyalah untuk memberikan prestasi terbaik saya. Saya gembira kerana kami mencapai matlamat itu. Buat masa ini, saya hanya mahu menikmati kejayaan ini dan terus fokus untuk memberikan satu lagi prestasi yang kukuh pada perlumbaan esok.”
Tempat kedua disandang Yuki yang menamatkan perlumbaan pada 20'58:305s, manakala Lachlan menamatkan perlumbaan 20'58:758s untuk menduduki tempat ketiga di podium.