Skip to main content

Advertisement

Permotoran

ARRC: Akid buru kemenangan di Sepang

sh5_5919.jpg
Juara Underbone 150cc 2017, Md Akid Aziz, meletakkan sasaran untuk meraih kemenangan di hadapan penyokong sendiri dalam pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), 8 hingga 10 Mac ini.

Keyakinan pelumba UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team itu meningkat setelah mengungguli sesi ujian pra-musim dengan catatan terpantas 2 minit 34.016 saat, mengatasi catatan Wahyu Aji Trilaksana (ONEXOX TKKR SAG Racing Team) dengan perbezaan 0.142s.

“Minggu ini, saya meletakkan sasaran untuk memenangi kedua-dua perlumbaan walaupun tidak biasa dengan aksi litar di Sepang ini. Jentera juga dalam keadaan baik sepanjang dua hari sesi ujian pra-musim,” jelas Akid.

“Cuma kalau boleh, saya tidak mahu ada masalah yang mengganggu aksi saya seperti tahun lalu. Saya tidak mahu ada masalah enjin, motosikal ataupun mekanikal lain tahun ini."

Akid terlepas gelaran keseluruhan kepada rakan senegara, Md Helmi Azman, yang beralih ke kelas SuperSports 600cc musim ini apabila sekadar menamatkan musim di tangga kelima keseluruhan.

“Tahun ini, sasaran saya adalah untuk memenangi semula gelaran keseluruhan yang dimenangi pada 2017. Jadi, perlumbaan minggu ini sangat penting untuk saya mengutip mata maksimum.”

Advertisement

Must Watch Video