Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Anugerah SAM: Azizulhasni berdepan saingan sengit pertahan gelaran

anugerah-sam.jpg
Dua juara dunia 2018, Rafiq Ismail dan Mohamad Hazim Amzad, bakal memberi laluan sukar kepada jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang, untuk mempertahankan Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) buat kali kedua, bulan depan. 

Rafiq yang memenangi Kejohanan Boling Tenpin Lelaki Dunia 2018 di Hong Kong manakala Hazim yang mengungguli Kejohanan Pencak Silat Dunia di Singapura, antara lima atlet yang disenarai pendek bagi Anugerah Atlet Terbaik 2018.

Rafiq nyata menjadi pencabar utama berikutan pencapaian cemerlangnya sepanjang 2018 selain pingat emas dan perak yang turut diraih dalam Sukan Asia Indonesia tahun lalu. 

Azizulhasni, yang mengungguli kategori tersebut edisi lalu atas gelaran juara dunia 2017, turut menerima cabaran hebat daripada ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong-Pandelela Rinong, serta Amy Kwan selaku gimnas negara yang melengkapkan lima calon akhir. 

"SAM sekali lagi bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mendapatkan senarai atlet dan mereka dipilih berdasarkan merit menerusi Sukan Komanwel, Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia.

"Ketiga-tiga elemen itu menjadi pengukur untuk SAM menobatkan atlet terbaik bagi 2018," kata Pengerusi Anugerah SAM, Ismadi Abdul Manap.

Kehadiran Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Sultan Ahmad Shah juga pastinya bakal memberi seribu satu makna dalam majlis berprestij itu bersempena ulang tahun ke-50 tahun SAM.

 

Advertisement

Must Watch Video