Pemenang Anugerah Jenama Terbaik, Adam Yusuf, dan pemenang Model Kecergasan Terbaik, Hairul Izwan, meletakkan satu penanda aras tertentu selepas bergelar juara sulung Anugerah Bina Badan Enrich 2024.

"Atlet bina badan sangat komited, menjaga pemakanan.

"Matlamat kami memberikan revolusi makanan, gaya hidup. Jadi selain makanan tambahan yang ada, mengapa kami tidak sediakan alternatif.

"Kami juga rancang beberapa alternatif lagi selain yang terdapat di pasaran," kata Adam di Nadi Arena sebentar tadi.

Anugerah yang berlangsung dengan jayanya, Sabtu lalu, itu bertujuan menghargai pencapaian dan pengorbanan atlet yang bergiat dalam sukan.

Tambahnya: "Kami sudah bekerjasama dengan Johan Ghazali sejak tahun lagi.

"Juara 10 kali gelaran universe bina badan, Sazali Samad, sebagai duta dan juga silat yang akan diteruskan pada tahun ini juga."





Hairul yang berpendapat Anugerah Enrich yang mempertandingkan 27 kategori ini perlu diadakan setiap tahun yang bukan sahaja mengangkat atlet, malah individu belakang tabir.


"Beberapa aspek diperbaharui lagi dalam kancah sukan bina badan di negara ini.

"Saya harap lebih ramai pihak dapat mengetengahkan atlet tempatan yang boleh pergi jauh, katanya.

"Anugerah ini perlu diadakan setiap tahun agar golongan belakang tabir ini boleh ditonjolkan," katanya.