SUKAN OLIMPIK
Aniq Kasdan mampu gegar LA 2028
Jaguh angkat berat negara, Aniq Kasdan, mampu menggegar di Los Angeles empat tahun lagi dengan syarat semua pihak perlu menggembleng tenaga ke arah memperkasakan sukan berkenaan.
Keyakinan dan harapan itu disuarakan Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat, berdasarkan pencapaian Aniq pada temasya Paris 2024.
Aniq mencipta sensasi di bumi Paris apabila hampir menamatkan kedudukan podium pada penampilan pertamanya di pentas Sukan Olimpik.
Iklan
Ia menyaksikan atlet kelahiran Segamat, Johor berusia 22 tahun itu hanya dipisahkan 1 kilogram untuk memenangi pingat gangsa.
Akur di tempat keempat dalam kategori 61 kilogram, Aniq bagaimanapun berjaya menyerlahkan potensi sebagai prospek pingat di LA 2028.
Ini juga bukti bahawa angkat berat mampu mengharumkan nama negara di temasya terbesar dunia itu selain Sukan Komanwel.
Bagi PABM, agenda utama mereka juga adalah untuk melahirkan lebih ramai 'Aniq Kasdan' sebagai permata sukan tanahair.
Must-Watch Video