Atlet angkat berat wanita negara, Sharifah Inani Najwa Syed Anuar, reda dengan kegagalan mencabar pingat kategori 53 kilogram dalam penampilan yang mungkin terakhir buatnya di pentas Sukan Komanwel.
Dalam edisi 2010 di New Delhi, Sharifah Inani menamatkan saingan di tangga ketujuh sementara empat tahun berikutnya di Glasgow, dia gagal menamatkan saingan.
Laluan ke Gold Coast 2018 bukan sesuatu yang mudah memandangkan dia pernah bersara seketika sebelum kembali membuktikan kewibawaannya untuk berkhidmat bersama skuad kebangsaan.
Segalanya ibarat positif apabila dia mudah mengangkat bebanan 75kg dalam percubaan pertama snatch.
Tetapi tambahan 3kg bertukar menjadi cabaran buatnya apabila gagal untuk meletakkan diri dalam kelompok pencabar pingat.
Begitu juga dengan clean and jerk, tanpa mengerah keringat menerusi bebanan 95kg pada angkatan pertama, namun hampa ketika melakukan dua percubaan terakhir dengan bebanan 101kg.
"Yang paling gementar adalah angkatan pertama. Kalau berjaya, saya yakin saya boleh lakukan untuk angkatan kedua dan ketiga.
"Selepas angkatan 75kg, saya naikkan kepada 78kg. Jadi, ramai atlet di sini yang angkat (berat sama), kira lima atau enam orang. Badan saya sejuk sedikit dan saya pun ada tersalah teknik tadi, mungkin terlampau gementar.
"Dalam clean and jerk, saya sudah lakukan semasa latihan. Semasa di belakang tadi, kaki saya kejang di bahagian lutut. Saya tidak pernah alaminya sebelum ini. Apa yang saya boleh saya cakap, ia bukan rezeki saya, itu sahaja," kata Sharifah Inani lagi.