Kurang dua bulan sebelum pembukaan temasya Sukan SEA serta Kejohanan Asia di Korea Selatan yang menjadi medan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris, skuad angkat berat negara masih belum memulakan latihan pusat di luar negara seperti ketetapan awal ekoran masalah visa.
Biarpun mengakui sedikit tertekan dengan situasi semasa, ketua jurulatih kebangsaan, Yon Haryono, berasakan ini adalah masa terbaik untuk mempertaruhkan pengalaman luasnya dalam bidang kejurulatihan bagi memacu misi mengemudi cabaran getir tahun ini.
Begitupun, masa kian suntuk untuknya mempersiapkan badang negara menempuhi kejohanan utama musim ini apabila tiga atlet negara kini hanya tunggu lampu hijau untuk memulakan kem latihan pusat di Surabaya, Indonesia, sebelum bersaing dalam Sukan SEA Kemboja dan Kejuaraan Asia.
Muhamad Aznil Bidin, Mohamad Aniq Kasdan dan Muhammad Erry Hidayat masing-masing bakal menjalani program latihan intensif, tetapi cabaran utama yang dihadapi Yon Haryono ialah bagi memastikan anak buahnya berada di kemuncak prestasi sepanjang Ramadan.
"Atlet memerlukan sekurang-kurangnya 5,000 - 6,000 kalori untuk menjalani program latihan setiap hari.
"Oleh itu, saya akan buat program penyesuaian sempena bulan puasa.
"Mungkin di Surabaya nanti saya akan mengetengahkan program berbeza untuk atlet mencapai prestasi terbaik menerusi dua minggu latihan pertengahan, latihan ringan selama seminggu disusuli seminggu latihan berat," katanya.
Aznil dan Aniq bakal mengerah keringat di Korea Selatan tatkala pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2022, Erry, diharap mampu menaiki podium di Kemboja, Mei depan.