Skip to main content

Sukan Lain

Alia Sazana tekad perbaiki tembakan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alia-sazana.jpg
Penembak berpengalaman negara, Alia Sazana Azahari, mahu memanfaatkan sebaik mungkin Kejohanan Menembak Trofi Tun Tan Siew Sin 2025 yang dijadualkan bermula Rabu hingga Ahad depan bagi mempersiapkan diri menuju dua temasya utama iaitu Kejuaraan Menembak Asia di Kazakhstan pada Ogos serta Sukan SEA penghujung tahun ini.
 

Jelas penembak berusia 33 tahun itu, dia menjadikan setiap kejohanan tidak kira domestik mahupun antarabangsa sebagai medan untuk memperbaiki bidikannnya sekaligus mencapai konsistensi sepanjang musim.

Antara pencapaian terbaik yang dicatatkan penembak kelahiran Terengganu itu tahun itu ialah memecahkan rekod Asia dalam acara 25 meter pistol wanita selepas membidik emas di Kejohanan Rifle/Pistol Piala Asia Bangkok 2025, Februari lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video