Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Ali Reza sedia terima kehadiran muka baru

alire.jpg
Jurulatih karate-do negara, Ali Reza Souleymani, akan mencari bakat baru untuk semua kategori dalam Kejohanan Kebangsaan di Serdang bagi menyelesaikan isu kekurangan atlet senior.

Skuad senior karate-do negara berdepan masalah kekurangan atlet ekoran faktor kecederaan serta isu peribadi.

Antara yang sudah lama tidak berlatih adalah kapten, R. Sharmendran, S. Senthil, Syakilla Salni Jefry Krishnan selain penarikan diri Shree Sharmini yang menyertai anggota unit beruniform.

Justeru, Ali Reza tiada pilihan kecuali mendapatkan atlet baru untuk mengisi kekosongan.

"Kini kami mahu melihat sejauh mana potensi yang dimiliki oleh Malaysia. Sesiapa yang lebih bagus, patut berada dalam skuad kebangsaan," katanya.

Sementara itu, ketiadaan Sharmendran menyaksikan tugas kapten kini digalas jaguh kumite 55 kilogram, Prem Kumar.

Semua atlet kebangsaan diarahkan menyertai Kejohanan Kebangsaan bagi membuktikan mereka masih lagi yang terbaik buat Malaysia.

"Sesetengah atlet tewas kerana ada perkara yang tidak berjalan dengan baik. Mungkin saya dapat lihat potensi mereka, jadi mereka akan dipilih."

Advertisement

Must Watch Video