Perenang muda negara, Bryan Leong, terus mencipta sensasi apabila memperbaharui rekod kebangsaan dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu lelaki dalam Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun.
Jelas Bryan yang merupakan graduan dalam bidang neurosains dan psikologi dari King’s College London itu berasakan satu kepuasan bagi dirinya apabila berjaya mencatat rekod baru kebangsaan, ditambah pula ini merupakan penampilan sulungnya dalam Kejohanan Akuatik Dunia.
Dalam aksi yang berlangsung di sebelah pagi hari tadi, Bryan mencatat masa 52.96 saat untuk mengatasi rekod terdahulu miliknya 53.02s yang dilakar dalam Perlumbaan Antarabangsa AP London 2023, Mei lalu.
Ia merupakan kali ketiga perenang kelahiran Kuala Lumpur itu memperbaharui rekod kebangsaan dalam acara sama selepas kali pertama melakukannya menerusi Sukan Malaysia (Sukma 2022) yang turut menyaksikan Bryan memadam rekod yang dipegang Daniel Bego.
"Saya tidak meletakkan jangkaan tinggi dan hanya mahu buat yang terbaik.
"Memandangkan rekod terdahulu ialah 53.02s jadi saya hanya menyasarkan untuk melakar masa di bawah catatan itu.
"Perasaan saya agak bercampur-baur dengan catatan ini tapi ia masih dianggap bagus.
"Tekanan juga mampu melonjak tahap persembahan saya," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.