Ketua jurulatih skuad hoki negara, Roelant Oltmans, menganggap Brazil menyimpan kekuatan sebenar untuk Kejohanan Akhir Siri Hoki FIH bermula Jumaat ini selepas pasukan ranking ke-27 dunia itu tewas tiga aksi persahabatan berturut-turut.
Skuad negara perlu menghormati Brazil yang masih mencari kemenangan sulung dalam aksi pemanas badan di Kuala Lumpur.
Keemua lima pemain Brazil yang beraksi di luar negara sudah tiba, termasuk dua pemain terakhir dari Belanda.
Kehadiran semua pemain itu menyaksikan Brazil mempamer aksi lebih bertenaga sebelum tewas tipis 3-4 kepada pilihan utama, Kanada, dalam aksi persahabatan semalam, sekali gus petanda mereka sudah menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca dan waktu.
"Mereka memiliki kualiti yang tersendiri dan kami akan cuba mematahkan perancangan mereka dan berusaha mencari jalan untuk mengatasi mereka," kata Oltmans.
Terdahulu, Brazil tewas kepada UiTM dan skuad remaja negara dalam aksi persahabatan.
Oltmans turut mengambil pendekatan memilih lima pemain untuk memakai lilitan kapten sepanjang kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini.
"Skuad dibarisi pemain senior dan mampu mengetuai pasukan dan saya mengambil pendekatan untuk memiliki lima kapten yang berbeza," jelasnya.
Sementara itu, pengendali skuad Brazil, Claudio Rocha, mengakui pasukannya menghadapi laluan sukar dalam aksi pertama Jumaat ini.
Rocha menganggap Malaysia sebagai pencabar terkuat, namun masih menaruh kepercayaan tinggi kepada barisan pemainnya yang diterajui lima tonggak yang beraksi dalam liga utama Eropah.
"Kami mahu mencipta kejutan di sini tetapi Malaysia adalah pasukan pilihan. Brazil mahu menikmati kejohanan ini," kata Rocha.
Pengendali skuad China, Kim Sang-ryul, kekal optimis pasukannya mampu mencipta impak, malah mengakui sudah mengkaji corak permainan lawan mereka, khususnya Malaysia, yang kini mendapat sentuhan jurulatih pukulan sudut penalti dari Belanda, Taeke Takema.
"Kanada dan Malaysia adalah pasukan lebih kuat daripada kami. Kami berharap dapat menamatkan saingan sebagai dua pasukan terbaik untuk beraksi dalam kelayakan Sukan Olimpik," kata Sang-ryul.