Atlet sukan bela diri campuran (MMA) negara, Agilan "Alligator" Thani, mendedahkan dia pernah dibuli sewaktu remaja hingga berasa takut untuk masuk ke gelanggang.
Jaguh welterweight negara itu memegang rekod 10 kemenangan dan tiga kekalahan sepanjang karier profesionalnya.
Terbaru, dia menewaskan legenda MMA, Yoshihiro Akiyama, dalam pertarungan One Championship-Legendary Quest di Shanghai, China, bulan lalu.
Namun, dia mendedahkan ada perasaan takut menyelubunginya sebelum menewaskan jaguh veteran Jepun itu untuk menyerlahkan kebangkitan terhebat dalam kariernya.
"MMA merupakan sukan yang sedang meningkat naik dan memberikan harapan buat mereka yang mahu menyertainya.
"Selepas kejayaan di Shanghai, saya gembira, teruja dan terkejut kerana selepas ini saya mempunyai sasaran lebih besar untuk digalas.
"Sudah pasti ramai yang meragui kemampuan saya memandangkan saya tewas dalam dua perlawanan terdahulu.
"Ia menyebabkan saya berasa takut untuk menentangnya.
"Namun, ia bukanlah tentang seberapa banyak pengalaman yang anda miliki tetapi ia tentang bagaimana anda berlatih dan beraksi di atas gelanggang," katanya dalam temubual Nadi@1 sebentar tadi.
Agilan, 24, menyertai arena profesional sejak lima tahun lalu.
Dia pernah dilabel sebagai atlet terbaik pernah dilahirkan sukan MMA Malaysia dengan mencatat rekod tujuh kemenangan berturut-turut pada permulaan kariernya.
Bagaimanapun, tahun lalu merupakan tahun paling mencabar buatnya apabila tewas dua perlawanan berturut-turut sebelum dilanda kecederaan.
Namun, kegagalan itu dijadikan pembakar semangat untuk dia bangkit menewaskan Akiyama.
"Pada awalnya, saya mencerminkan diri saya dan membuat keputusan untuk bangkit.
"Daripada itu, saya mengambil setiap langkah kecil untuk mengubah negatif kepada positif.
"Sudah pasti saya perlu melakukannya sedikit demi sedikit.
"Saya dan jurulatih saya bermula dari awal semula sewaktu berlatih dalam proses pemulihan.
"Secara mentalnya, saya berada di satu tempat lain dan saya mencuba untuk menukarkan sesuatu yang negatif kepada positif tanpa memikirkan apa akibatnya," katanya.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui, Agilan yang digeruni di dalam gelanggang, juga pernah menjadi mangsa buli di zaman remajanya hanya disebabkan fizikalnya yang gempal.
"Dulu saya berisi dengan berat badan 140 kilogram.
"Sewaktu berusia 16 tahun, saya mempelajari karate dan dibuli lebih teruk daripada sebelumnya.
"Saya menggunakan karate untuk menurunkan berat badan dan mempertahankan diri.
"Sewaktu berusia 17 tahun, saya bekerja sebagai pencuci di sebuah gim.
"Daripada itu, saya bermula untuk menjadi atlet MMA," tambahnya.