Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Afiq sedia bersaing dengan atlet normal

afiq-ali-hanafiah.jpg
Jaguh olahraga para negara, Afiq Ali Hanafiah, enggan terus dibuai kejayaan meraih pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Para Grand Prix Dubai bulan lalu kerana misinya kini adalah untuk menumpukan kepada penampilan pertamanya bersaing dengan atlet normal dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura, 28 Mac ini.

Afiq melakar sejarah sebagai atlet pecut pertama meraih emas dalam acara 100 meter T11-12 dengan catatan masa 11.48 saat.

Bagaimanapun, pelari berusia 25 tahun itu menganggap kejayaan tersebut hanyalah permulaan untuk dia memegang tanggungjawab lebih besar, khususnya dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai November depan.

Afiq bersedia untuk mengharungi cabaran lebih hebat menerusi penyertaan pertamanya bersaing dengan atlet normal dalam Terbuka Singapura sambil meletakkan sasaran untuk mengatasi catatan terbaiknya, 11.20 saat.

"Sebelum ini, saya pernah bersaing dengan atlet normal, namun ia sekadar di peringkat kebangsaan.

"Ia pasti memberikan pengalaman baru untuk saya bersaing dengan atlet normal dari luar negara.

"Ia sesuatu yang baik bagi mempersiapkan diri saya sebelum menghadapi saingan hebat dalam Kejohanan Dunia," katanya.

Menjelang Kejohanan Dunia di Dubai, Afiq perlu berwaspada agar tidak berlaku sebarang kecederaan pada saat-saat akhir seperti yang berlaku tahun lalu di mana dia mengalami kecederaan lutut kiri sebelum Sukan Para Asia Indonesia

"Setakat ini, saya amat berhati-hati dalam sesi latihan.

"Tahun ini menyajikan perlbagai kejohanan utama, jadi amat penting untuk saya mengekalkan prestasi terbaik," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video