Pelumba berbasikal para negara, Afiq Afify Rizan, membawa misi serampang dua mata dalam Kejohanan Berbasikal Dunia di Milton, Kanada, 30 Januari ini untuk membantu Malaysia meraih slot ke Sukan Paralimpik Tokyo serta mendapatkan kedudukan podium dalam saingan itu.
Afiq masih mencari tonik terbaik untuk mengulangi pencapaiannya dalam Kejohanan Dunia di Los Angeles tiga tahun lalu setelah membawa pulang pingat gangsa bagi kategori pecut tandem B bersama jurupandu, Khairul Adha Rasol.
Biarpun keutamaan diletakkan jurulatih, Sallehuddin Mohd Noh, adalah untuk mendapatkan masa terbaik bagi membantu kem kebangsaan memungut mata dan mendapatkan slot ke Paralimpik Tokyo, dia turut mengimpikan kejayaan menaiki podium.
"Kalau lihat latihan sekarang, saya cuba kekalkan. Untuk peningkatan, saya akan cuba ketika perlumbaan. Mungkin sekarang saya dalam kedudukan 10 terbaik," katanya.
Turut sama mengiringi Afiq adalah rakan sepasukan, Najib Turano, yang bakal membuat penampilan kedua dalam Kejohanan Dunia, sekali gus mahu mengubati kekecewaan tahun lalu apabila terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir kerana mengalami kecederaan belakang.
Selain tumpuan kepada acara individu, Najib yang beraksi dalam kategori C4 akan bergandingan dengan dua lagi pelumba, Muhammad Yusof Hafizi dan Zuharie Ahmad Tarmizi, akan beraksi dalam acara pecut berpasukan.
"Sasaran saya mahu perbaharui rekod peribadi dan pecut berpasukan. Kami berpeluang untuk layak ke saingan Paralimpik, jadi akan cuba perbaiki pecut berpasukan," ujar Najib.
Editor: Nafis Abdullah