SUKAN LAIN
Adli atur langkah lebarkan sayap ke AS
Peninju profesional negara, Adli Hafidz Mohd Pauzi, giat melakukan persiapan menjelang dua kejohanan utama dan dalam masa sama, mencari dana bagi mengembangkan lagi karier profesionalnya.
Adli, yang merupakan peninju kelahiran Johor, merangkul gelaran juara dalam Kejuaraan Tinju Profesional Antarabangsa WBC di Johor, minggu lalu, untuk mengekalkan rekod tanpa kalahnya dalam karier profesional.
Sehubungan itu, pemenang pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu tidak akan beraksi dalam Sukan SEA Filipina, November depan.
Iklan
Ia membuktikan keputusannya meninggalkan skuad kebangsaan dan beralih arah kepada profesional membuahkan prestasi memberangsangkan.
"Daripada segi latihan, semuanya berjalan dengan lancar.
"Sesi pemulihan saya dijaga dengan baik. Di samping itu, latihan saya di Singapura dalam keadaan terbaik," katanya.
Adli ternyata di landasan terbaiknya dan sedang fokus untuk menghadapi dua kejohanan, iaitu Boxing Evolution di Singapura dan Kejuaraan Tinju Antarabangsa di Johor Bahru, Julai depan.
Pada masa sama, Adli kini dalam usaha mencari dana bagi memastikan misi 2019 berjaya direalisasikan.
"Saya mencari tajaan demi mengembangkan lagi karier.
"Mungkin apabila sudah menyempurnakan 10 pertarungan tahun ini, saya boleh kembangkan karier di Amerika Syarikat (AS)," tambahnya.
Must-Watch Video