Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz, memuji kesungguhan Persekutuan Muaythai Malaysia (PMM) menyelesaikan kes juara kebangsaan, Mohamad Rafi Abd Manap, yang digantung dua tahun ekoran positif diuretik.
Satu daripada lima kes doping membabitkan atlet negara akhirnya berjaya diselesaikan selepas atlet muay thai negara itu dijatuhkan hukuman penggantungan dua tahun.
Hukuman itu dilihat sebagai satu keputusan yang boleh diterima selepas Persekutuan Muaythai Amatur Asia (FAMA) mengurangkan hukuman asal selama empat tahun kepada dua tahun hasil daripada rayuan delegasi kebangsaan ke Bangkok yang diketuai Presiden PMM, Datuk Muhd Shahnaz Azmi.
"Penting untuk kami mempertahankan atlet kami.
"Kami bersyukur jawatankuasa anti-doping FAMA mendengar rayuan kami dengan menjatuhkan hukuman penggantungan selama dua tahun kepada Rafi, bukannya empat tahun maksimum.
"Saya harap ia akan menjadi pengajaran kepada atlet muaythai negara pada masa datang," kata Shahnaz.
Dr Ramlan turut berpuas hati dengan langkah yang diambil PMM dengan berkata: "Kami mengucapkan syabas kepada PMM kerana berusaha menyelesaikan proses ini.
"Kami percaya atlet berkenaan akan muhasabah diri supaya kes ini tidak berulang lagi pada masa depan," katanya.
Empat lagi persatuan kebangsaan yang diketuai jawatakuasa Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dijangka akan membincangkan nasib seorang pelumba Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 29 Januari ini selepas didapati positif bahan jenis steroid semasa Jelajah Selangor yang lalu.