Penyanyi sensasi dari Amerika Syarikat (AS), Bruno Mars, akan kembali melangsungkan konsert keduanya di negara ini dengan memilih Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Ini merupakan kali ketiga penyanyi yang terkenal dengan lagu Talking To The Moon itu mengadakan konsert di Malaysia.

Namun, pengumuman itu mendapat perdebatan hangat daripada kalangan netizen khususnya rakyat tempatan yang mempersoalkan kehadirannya mengundang pelbagai spekulasi terhadap tragedi yang sedang berlaku di Palestin.


Artis popular itu dikatakan memberikan sokongan penuh kepada negara haram, Israel, yang menceroboh hak kemanusiaan penduduk di Gaza.