Peluncur air nombor satu Asia, Aaliyah Yoong Hanifah, memasang impian untuk bergelar juara dunia dalam tempoh lima tahun ini.
Baginya, keputusannya untuk melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat bukan satu penghalang untuk dia menggapai impian itu, bahkan ia merupakan satu peluang yang baik buat untuk mengembangkan kariernya dalam sukan luncur air.
"Kolej di sana mempunyai pasukan luncur air dan tasik latihan di depannya," katanya kepada Nadi Arena.
"Ia akan memastikan saya dapat meluncur setiap hari seandainya jadual saya mengizinkannya.
"Dan di berdekatannya juga terdapat tasik dan jurulatih bertaraf dunia," katanya.
Mengulas lanjut mengenai kariernya, Aaliyah menambah: "Sebenarnya terdapat banyak kejohanan sepanjang tahun depan.
"Saya juga akan beraksi dalam Kejohanan Dunia B-23, di mana saya berharap dapat berada di kedudukan podium dalam acara tricks dan keseluruhan."