Skip to main content

Sukan Lain

Aaliyah Yoong atlet pertama Asia tuai tiga emas Kejohanan Universiti Dunia IWWF 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaliyah1.jpeg

Ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah, mencipta sejarah muncul pemenang tiga pingat emas acara ski air peringkat Persekutuan Luncur Air dan Wakeboard Antarabangsa (IWWF) di New Zealand.

Menurut akaun rasmi Instagram badan induk itu, atlet berusia 21 tahun itu merupakan individu pertama di Malaysia dan Asia yang berjaya membawa pulang gelaran tersebut.

Dua acara yang menempatkan dirinya atas podium tertinggi itu merupakan women jump dan women tricks ditambah dengan kecemerlangan 'overall discipline', sekali gus membawa pulang tiga pingat emas secara keseluruhan.

 

Advertisement



"Saya pasti kemenangan dalam peringkat dunia akan datang suatu hari nanti sejak 13 tahun lalu mewakili Malaysia dalam Sukan SEA 2011," katanya.

Persekutuan Luncur Air dan Wakeboard Malaysia (MWWF) berkata keputusan yang diraih itu diluar jangkaan melepasi sasaran yang ditetapkan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by IWWF Asia (@iwwf.asia)



"Kami sangat gembira untuk Aaliyah kerana dapat menghilangkan segala tekanan yang dirasainya sejak beberapa tahun lalu," kata Setiausaha Agung MWWF, Hanifah Yoong.

Must Watch Video