Atlit luncur air negara, Aaliyah Yoong, tidak kecewa terpaksa melupakan dua kejohanan utama dalam tahun ini untuk memberi tumpuan penuh kepada persiapan bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan.
2017 menjadi antara tahun paling sibuk buat Aaliyah apabila menyertaai beberapa kejohanan utama, termasuk Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Paris, Perancis pada awal September serta saingan
Sukan Dunia di Poland pada penghujung bulan ini.
Selain dua kejohanan itu, Aaliyah juga disenaraikan dalam Kejohanan Luncur Air Bawah 21 Tahun di Ukraine.
Bagaimanapun, atlit berusia 14 tahun itu lebih menumpukan perhatian kepada Sukan SEA di mana dia akan menjadi taruhan utama mempertahankan emas acara tricks dan juga keseluruhan.
“Ya, banyak kejohanan yang saya terlepas tetapi ia lebih bagus kerana kesemuanya begitu hampir dengan Sukan SEA,” katanya.
Antara persiapan Aaliyah untuk menghadapi Sukan SEA termasuk kem latihan selama enam minggu di Florida, Mei lalu, dan peluang berlatih bersama jurulatih handalan dunia, Cory Pickos, dapat
memberikan impak serta yakin ia dapat meningkatkan prestasinya.
Dia turut disertai dua adik lelakinya, Aiden serta Adam, dengan masing-masing dijangka berpeluang mencipta kejutan merebut pingat di pentas dwitahunan itu nanti.
“Saya berlatih dengan salah seorang jurulatih terbaik di dunia dan dia membantu saya dalam banyak aspek.
“Selain itu, saya juga menjalani latihan dengan beberapa atlet hebat lain dan ia membolehkan saya meraih pengalaman yang amat berharga,” tambahnya.