Skip to main content

Sukan Lain

45 ahli FAMEMAS terima tajaan ke Sukan SEA Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

famemas.jpg
Kerjasama unik di antara sebuah syarikat pembekal barangan rumah terkemuka bersama Kelab Penyokong Sukan Malaysia (FAMEMAS) dimeterai untuk menaja 45 delegasi negara ke Sukan SEA 2025 Thailand.

FAMEMAS hargai inisiatif menerusi kerjasama tersebut yang diharap mampu menyemarakkan lagi semangat juang atlet dalam menyempurnakan misi menyumbang pingat buat negara.

"Kami bukan pergi untuk melancong tapi dari pagi sampai malam, kami akan ke stadium dan ini kali ke-11 kami menyertai Sukan SEA," kata Lee Hui Seng

Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Foo Kok Keong, yang turut sama hadir memeriahkan majlis sempat berkongsi pandangan mengenai prestasi kem badminton negara menjelang temasya itu.

 


Meskipun ada turun naik, dia menyifatkan atlet beregu negara kini berada di landasan yang baik sementara atlet perseorangan memerlukan lebih penambahbaikan.

Namun, dia percaya kem badminton mampu memperbaiki pencapaian pingat Sukan SEA 2023 -- membawa pulang dua perak dan dua gangsa dan tiada isu sama ada atlet senior mahupun junior yang lebih cenderung untuk diturunkan kerana sesiapa pun yang dipilih, matlamat utama mereka pastinya sama.

"Beregu negara terutama lelaki dan wanita nampaknya semakin mantap.

"Perseorangan pula perlu bekerja keras," katanya. 

 
Supplement

Topup Tenaga Dengan Segera

Energy gel mudah dibawa untuk cas semula stamina bila anda perlukan.


Cuba Sekarang

Advertisement

Must Watch Video