Seramai 1,080 atlet karate daripada 81 negara buat julung kalinya bakal memeriahkan N9 Arena dari 3 hingga 5 Oktober depan sempena penganjuran Kejohanan WKF Karate-1 Series A.
Selain persediaan akhir bagi penganjuran kejohanan, Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) turut gigih mempersiapkan 30 atlet untuk memikul tanggungjawab membawa pulang pingat buat negara.
Jelas Presiden MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad, kesemua atlet podium dan pembangunan perlu menggunakan kejohanan ini sebagai platform terbaik untuk menilai prestasi peribadi.
"Kejohanan ini bukan mudah tapi sebagai presiden, sudah tentu saya mahukan keputusan terbaik.
"Kalau atlet mampu ke suku akhir, saya boleh sahkan kami mampu menyumbangkan dua emas dalam Sukan SEA.
"Kalau dapat medal dalam penganjuran ini, kami boleh letak harapan dalam Sukan Asia.
"Sebagai tuan rumah, saya mahukan pencapaian terbaik tetapi saya tidak pernah meletakkan sebarang tekanan kepada atlet," katanya lagi.
Meskipun saingan sengit sememangnya dijangka, namun senarai akhir wakil karate negara ke Sukan SEA Thailand yang belum lagi diputuskan, memerlukan mereka untuk terus bekerja keras.
"Saya pastikan segalanya berjalan lancar. Keputusan yang baik saya terima dan jika tidak, masih ada baki dua bulan lagi untuk atlet persiapan mental dan fizikal lagi (untuk menghadapi Sukan SEA)," katanya.