22 pemain akan berkampung di Brussels, Belgium selama dua minggu dan menerusi senarai pemain yang dibawa bagi menyertai aksi tersebut, tiga daripadanya merupakan penjaga gol, tujuh pemain pertahanan, lima pemain tengah dan tujuh penyerang.
Siri Persahabatan kali ini tidak akan menampilkan Faizal Saari yang kini masih beraksi di Liga Utama Belanda bersama Kelab Hoki ZSV Schaerweijde dan Mohamad Ashran Hamsani yang masih menjalani sesi rehabilitasi.
Malaysia akan bertemu Skuad Utama Belgium, Skuad Belgium “A” serta Perancis dalam siri perlawanan persahabatan yang telah dirangka.
Mengulas mengenai empat perlawanan persahabatan di Belgium, Pengendali Skuad Senior Lelaki Kebangsaan, A. Arulselvaraj menyifatkan perlawanan persahabatan ini penting buat skuad bimbingannya bagi menguji tahap keupayaan mereka beraksi dalam perlawanan berintensiti tinggi selepas lebih 10 minggu menjalani latihan kesesuaian fizikal.
“Empat perlawanan persahabatan tersebut amat penting untuk pasukan sebagai rangka persiapan kami menuju ke Kejohanan FIH Odisha Hoki Piala Dunia (Lelaki) 2023 di Bhubaneswar – Rourkela, India.
“Antara fokus kami dalam aksi persahabatan ini juga adalah untuk mempersiapkan pasukan menjelang Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2022 yang akan bemula pada 1 hingga 10 November. Ia juga akan membantu kami menilai tahap dan prestasi pasukan menjelang kejohanan tersebut.
“Selain daripada itu, ini antara landasan buat pemain seperti Mohd Zaimi Mat Deris, Muhammad Aminuddin Mohd Zain, Muhamad Ramadan Rosli, dan Syarman Mat Tee yang belum pernah mengikuti perlawanan berintensiti tinggi dalam tahun ini bagi mencabar diri mereka dan buktikan kemampuan yang mereka miliki.
“Pasukan yang bakal kami temui merupakan pasukan yang terbaik di mana Belgium seperti yang kita semua sedia maklum merupakan pasukan di ranking kedua dunia dan Perancis di ranking ke-11 dunia. Pastinya siri perlawanan persahabatan ini akan menguji tahap katahanan, pemikiran, dan cara pemain membuat keputusan di atas padang,” jelas beliau.
Skuad Senior Lelaki Kebangsaan akan berlepas ke Belgium, esok (Jumaat – 23 September 2022) dan akan memulakan aksi perlawanan persahabatan pertama mereka pada 27 September 2022.
Berikut merupakan senarai 22 pemain Skuad Senior Lelaki Kebangsaan yang mengikuti Siri Perlawanan Persahabatan Jelajah Belgium:
NO NAMA POSISI
Advertisement
1 MUHAMMAD HAFIZUDDIN OTHMAN PENJAGA GOL
2 ADRIAN ANDY ALBERT PENJAGA GOL
3 MOHD ZAIMI MAT DERIS PENJAGA GOL
4 MUHAMMAD RAZIE ABD RAHIM PERTAHANAN
5 MUHAMMAD MARHAN MOHD JALIL PERTAHANAN
6 MUHAMMAD NAJMI FARIZAL JAZLAN PERTAHANAN
7 MUHAMMAD AMINUDDIN MOHD ZAIN PERTAHANAN
8 MUHAMMAD SYAFIQ HASSAN PERTAHANAN
9 ZULPIDAUS MIZUN PERTAHANAN
10 SYARMAN MAT TEE PERTAHANAN
11 MEOR MUHAMMAD AZUAN HASSAN TENGAH
12 NIK MUHAMMAD AIMAN NIK ROZEMI TENGAH
13 FAIZ HELMI JALI TENGAH
14 MUHAMMAD AMIRUL HAMIZAN AZAHAR TENGAH
15 MUHAMMAD FIRHAN ASHAARI TENGAH
16 MUHAMMAD AZRAI AIZAD ABU KAMAL PENYERANG
17 MUHAMMAD NAJIB ABU HASSAN PENYERANG
18 SHELLO SILVERIUS PENYERANG
19 MUHAMAD RAMADAN ROSLI PENYERANG
20 TENGKU NASRUL IKMAL HAKIMIE TENGKU ABD RAHIM PENYERANG
21 NORSYAFIQ SUMANTRI PENYERANG
22 MUHAMMAD SHAHRIL SAABAH PENYERANG