117 hari lagi, Sarawak akan menjadi tumpuan dengan penganjuran temasya sukan terbesar negara, Sukan Malaysia (Sukma).

Kali terakhir Sarawak menjadi tuan rumah adalah untuk edisi SUKMA XVIII pada 23 hingga 31 Julai 2016 yang lalu.

Untuk rekod, Sarawak muncul juara keseluruhan SUKMA sebanyak tiga kali (1988, 1990, 1992). Sarawak juga negeri pertama selain Kuala Lumpur untuk menganjurkan SUKMA (1990) dan dinobat selaku juara keseluruhan dengan 44 emas, 17 perak dan 18 gangsa.

Tahun 2024 juga menyaksikan Sarawak negeri ke-2 terbanyak menjadi tuan rumah SUKMA (tiga kali) selepas Kuala Lumpur (empat kali). Hanya Perak & Pahang pernah menganjurkan SUKMA sebanyak dua kali manakala negeri-negeri lain hanya pernah jadi tuan rumah sebanyak satu kali.