FIT Malaysia melalui penjenamaan semula untuk menjadi acara sukan tahunan wajib buat rakyat yang bermatlamatkan gaya hidup sihat dan aktif dengan siri pertama di Shah Alam, Selangor berjaya menghimpunkan lebih 10,000 peserta hari ini.
Selangor dipilih menjadi lokasi pertama untuk Jelajah FIT Malaysia zon tengah dan bakal disusuli Terengganu (zon Timur), Kedah (zon Utara), Johor (zon Selatan dan Sabah (zon Malaysia Timur ).
Untuk permulaan, seramai 10,000 peserta mengambil bahagian dalam acara yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dengan pelbagai acara sukan dilangsungkan, antaranya berbasikal, larian sihat, silambam serta tinju.
Acara itu yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, turut disertai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ia turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan atlet negara untuk menyemarakkan lagi acara itu, antaranya atlet terjun, Nur Dhabitah Sabri, atlet olahraga para, Ridzuan Puzi serta atlet boling padang, Emma Firyana Saroji.
"Penyertaan yang sangat baik, terutama sekali golongan muda, menunjukkan komitmen yang sangat jelas terhadap program kecergasan dan aktiviti sihat yang diperkenalkan," kata Amiruddin.
"10,000 penyertaan FIT Malaysia kali ini membuktikan minat terhadap aktiviti bersifat sukan sangat tinggi," kata Syed Saddiq pula.