Perseorangan lelaki badminton negara, Lee Zii Jia, menetapkan sasaran untuk berada dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia menjelang akhir tahun ini.
Selepas mengetuai cabaran negara dalam saingan Piala Sudirman di Nanning, China minggu lalu, Zii Jia kini tampak terus mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Lee Chong Wei.
Pemain muda ini menyatakan dia perlu masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk meletakkan dirinya sebagai antara pemain utama dunia sekaligus memberi keputusan cemerlang buat negara.
Dengan ketiadaan Chong Wei, Zii Jia kini diasuh Datuk Misbun Sidek sebagai sandaran utama negara untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Berada dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia adalah sasaran saya untuk tahun ini," kata Zii Jia.
Sementara itu, meskipun tewas dengan pemain nombor satu dunia, Kento Momota dari Jepun dan pemain kedua dunia, Shi Yuqi dari China dalam Piala Sudirman, Zii Jia menganggap kekalahan itu berhasil meningkatkan tahap keyakinannya.
Bakal beraksi dalam Terbuka Australia 4 Jun ini, pemain berusia 21 tahun itu tidak mahu meletakkan sasaran tinggi dengan sekadar mahu mara ke peringkat suku akhir.
"Saya berharap untuk mempamerkan aksi yang cemerlang dalam Terbuka Australia nanti."