Susulan laporan mengenai dakwaan bahawa kemungkinan bekas jurulatih Lee Zii Jia, Indra Widjaya, ingin menyaman pemain tersebut.
Zii jia tampil menjelaskan bahawa sebelum ini mereka telahpun berpisah dengan baik dan kini perkara tersebut akan diselesaikan oleh pihak pengurusan masing-masing.
"Apa yang saya boleh cakap ialah saya rasa apa yang saya buat mungkin kadang-kadang sangat salah, kadang-kadang sangat betul. Apa yang sudah jadi saya tidak boleh ubah tetapi yang saya tahu kami berpisah secara baik.
"Saya pun tak nak komen terlalu banyak sebab komen banyak (nanti) salah banyak, nanti berita pun banyak, saya tidak mahu,” katanya.
Sebelm ini, peminat sukan tanah air dikejutkan dengan perpisahan Zii Jia dan Indra November lalu namun perkara tersebut dipersetujui kedua-dua pihak
Justeru itu, bulan lalu terdapat laporan akhbar yang mendakwa bahawa Zii Jia mungkin disaman bekas jurulatihnya.
Namun kini Zii Jia memilih untuk menumpukan perhatian terhadap Kejohanan Badminton Asia Berpasukan Campuran dan biar pihak pengurusan menyelesaikan mengenai dakwaan tersebut.
"Saya pun orang, saya ada perasaan dan saya cuba sebaik mungkin untuk selesaikan perkara ini tetapi ia masih berlarutan jadi sudah tentu sedikit kecewa. Tapi saya tahu ini satu ujian tuhan bagi pada saya, ini ialah proses,” kata pemain berusia 24 tahun itu.