Lee Zii Jia tidak akan membenarkan tekanan sebagai perseorangan lelaki nombor satu negara memakan diri dalam pada dia menangani krisis prestasinya.
Empat kejohanan pertama bagi musim 2019 menyaksikan Zii Jia merekodkan penampilan ke suku akhir.
Bagaimanapun, tiga kejohanan terakhir Zii Jia membangkitkan kegusaran ketika dia tersingkir dalam pusingan pertama, antaranya dalam Terbuka Switzerland dan Terbuka Malaysia.
Terkini, dia ditunjuk jalan keluar seawal pusingan kedua Terbuka Singapura yang menyaksikan Zii Jia berkongsi luahan hatinya di pelantar media sosial peribadi.
"Saya tidak mampu memberikan tumpuan dalam latihan selepas gagal menampilkan persembahan terbaik. Masalah ini harus diharungi mana-mana pemain dan saya berharap untuk melepasinya dan memastikan permainan yang lebih matang pada masa akan datang," katanya.
Zii Jia, bagaimanapun, memiliki sistem sokongan yang luar biasa menerusi ketua jurulatih, Datuk Misbun Sidek, serta pemain senior, Datuk Lee Chong Wei.
Tetapi dia mengetahui pada dasarnya keperluan untuk bangkit perlu datang daripada diri sendiri menjelang kejohanan pertama yang menawarkan mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam Terbuka New Zealand bermula 30 April ini.
"Saya masih bergelut dan berbaki tiga minggu sebelum Terbuka New Zealand, saya berharap dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu saya," ujarnya.