Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, menganggap Lee Zii Zia perlu cekap mengawal tenaga bagi mengekalkan tahap kecergasannya dalam setiap perlawanan.
Pemain perseorangan utama kebangsaan itu mempamerkan prestasi cemerlang dalam Terbuka Indonesia dengan menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long, 18 Julai lalu, untuk mara ke suku akhir.
Bagaimanapun, prestasi pemain berusia 21 tahun itu dalam Terbuka Jepun, minggu lalu, merudum apabila terkandas seawal pusingan pertama.
Bagi Choong Hann, ia susulan kepenatan yang dialami oleh Zii Jia di Indonesia sehingga merencatkan prestasinya selepas itu.
"Setelah barisan kejurulatihan menganalisis pertarungan membabitkannya baru-baru ini, kami berpendapat kadangkala pemain menjalani persiapan yang melampau sehingga menggunakan otot mereka terlalu berlebihan," katanya.
Sementara itu, beliau melihat peningkatan dalam persembahan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang tersingkir dalam pusingan pertama di Indonesia sebelum bangkit menamatkan saingan dalam suku akhir di Jepun.
"Walaupun Aaron-Wooi Yik bermain bagus, ia masih belum setanding dengan keupayaan lawan mereka.
"Mereka menampakkan peningkatan dan saya percaya mereka akan mempunyai kekuatan yang lebih kukuh serta mempamerkan aksi yang lebih konsisten pada masa akan datang," tambahnya.