Skip to main content

Badminton

WUG: Tewaskan Kanada, kem badminton negara sedia tumpaskan lawan seterusnya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wug.jpg
Kem badminton negara menepati ramalan untuk memulakan aksi dengan langkah kanan dalam pembukaan acara berpasukan berdepan Kanada menyaksikan kemenangan 4-1 berjaya diperoleh anak buah Datuk Rashid Sidek untuk mara ke pusingan 16 terbaik.

Beregu lelaki negara turun garang untuk menyumbang mata pertama menerusi gandingan hebat, Muhammad Fazriq Mohamad Razif-Bryan Jeremy Goonting, untuk kemenangan straight set 15-10-15-5.

Kemudian, Ling Ching Wong mengikut skrip yang sama untuk turut mengenepikan cabaran Alena Yu dengan keputusan 15-10,15-8.

Perseorangan lelaki negara, Jacky Kok Jing Hong selaku kapten membawa semangat pasukan untuk menambah satu lagi mata tetapi saingan hebat dijelmakan Kanada untuk menarik permainan ke aksi penentuan.
 

Kebangkitan saat akhir Victor Lai, menyamakan kedudukan 12-12 tidak memberi tekanan buat Jacky untuk tenang mencuri tiga mata berturut turut,  sekali gus memastikan Malaysia mara dengan kemenangan 6-15, 15-8, 15-12.

"Wakil lawan melalui kategori perseorangannya sangat kuat dan bukan mudah untuk dikalahkan.

"Kita semua bekerjasama untuk memastikan Malaysia menang semua permainan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fariha Razak.

"Jika dilihat, kebanyakan pemain masih lagi mencari keserasian dengan gelanggang.

"Harapnya, perlawanan seterusnya mereka lebih garang dan stabil," kata Rashid Sidek.

Advertisement

Must Watch Video