Hari kelima Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine Ruhr 2025 menyaksikan skuad badminton negara terkandas dalam suku akhir acara berpasukan campuran iaitu berdepan India.
Perkembangan itu bermakna mereka gagal mengulangi pencapaian edisi lalu di mana pingat gangsa dibawa pulang dalam acara yang sama.
Kesilapan mudah dan sifat terburu-buru untuk mencuri mata pada saat genting yang menjadi antara punca kekalahan 2-3 Malaysia di tangan lawan.
"Di pihak saya sendiri agak tertekan memandangkan kerana terlalu inginkan kemenangan.
"Apa tekanan tiba, segalanya menjadi kacau bilau," kata beregu wanita negara, Lee Xin Jie, kepada wartawan Astro Arena di lokasi, Fariha Razak.
Namun, rakan sepasukannnya, Low Yeen Yuan, juga tidak rela bersikap menunding jari dan berkata: "Saya tidak berpuas hati dengan diri sendiri kerana masih belum mengeluarkan sepenuhnya kemampuan.
"Gandingan saya, Xin Jie, sudah pun beraksi dengan baik tapi sebaliknya saya sendiri tidak menggalas peranan.
"Saya mohon maaf kepada semua."