Skip to main content

Badminton

Victor Axelsen 'garang' cakap Cina ajar pemain badminton amatur

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ve.jpg
Bekas perseorangan badminton lelaki nombor satu dunia, Victor Axelsen, menurunkan ilmu bermanfaat kepada pemain amatur China dalam satu sesi latihan.

Seperti sedia maklum, pemenang pingat emas Sukan Olimpik dua kali itu memiliki kebolehan untuk bertutur dalam Bahasa Cina dan mudah difahami dengan kefasihannya. 

Dalam satu perkongsian di X, wakil kebanggaan Denmark itu memberikan nasihat berguna dan mengajar mengenai gerakan, naluri dan cara pemain badminton profesional. 

 

Terdahulu, Axelsen berkongsikan rumah tangganya menemui penghujung selepas berpisah bersama isterinya iaitu Natalia Koch Rohde selepas empat tahun perkahwinan.

Pemain berusia 30 tahun itu juga sebelum ini mengumumkan penarikan diri daripada Kejohanan Dunia BWF 2025 bagi menjalani proses pemulihan daripada pembedahan kecederaan ketika tersingkir dalam pusingan pertama Kejohanan Seluruh England pada Mac lalu. 
Badminton

Badminton Untuk Semua Generasi

Daripada rekreasi ke kejohanan, raket badminton selesa ini teman terbaik di gelanggang.


Pilih Raket Anda

Advertisement

Must Watch Video