Skip to main content

Badminton

Untuk jadi juara senang, konsisten itu sukar -- Rexy Mainaky

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rexyt.jpg
Pengarah kejurulatihan beregu negara, Rexy Mainaky, meluahkan rasa puas hati dengan prestasi memberangsangkan yang dipamerkan beregu negara sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Begitupun, Rexy mengingatkan semua pemain supaya tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian setakat ini sebaliknya terus mengekalkan momentum dan mendahagakan kejayaan.

Dia mahu semangat dan disiplin tinggi diteruskan bagi memastikan Malaysia mampu mencipta kejayaan lebih besar di Kejohanan Dunia 2025 yang bakal berlangsung di Paris bermula daripada 25 hingga 31 Ogos nanti.

Rexy turut yakin dengan komitmen berterusan dan kerja keras serta impian untuk membawa pulang kejuaraan dunia mampu direalisasikan.


 


"Untuk menjadi juara itu senang tetapi untuk konsisten sangat sukar, ia tergantung kepada pemikiran pemain. Saya mahu setiap pemain dahaga kemenangan.

"Seperti Man Wei Chong dan Tee Kai Wun untuk berikan yang terbaik ,kita harap mereka boleh pamerkan kerana mereka ada kebolehan untuk mencapainya. Kerana apa yang kita katakana itu mampu menjadi satu motivasi." katanya.

Sebelum ke paris, mereka akan ke Terbuka Jepun terlebih dahulu yang akan berlangsung 15 hingga 20 Julai ini dan senarai juara dari Malaysia yang terakhir kalinya adalah pada edisi 2023 menerusi beregu lelaki iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzudin.

Sementara Datuk Lee Chong Wei masih menjadi satu satunya perseorangan lelaki negara yang pernah bergelar juara di saingan Terbuka Jepun pada edisi 2014 dan 2016.

Advertisement

Must Watch Video