Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, menyatakan kondisinya kini sudah pulih 80 peratus daripada kecederaan belakang yang menimpanya di kejohanan pembukaan musim 2024 iaitu Terbuka Malaysia, Januari lalu.
Tze Yong menegaskan bahawa ketika ini dia masih perlu berhati-hati bagi mengelak sebarang kecederaan lebih serius berlaku.
Justeru, pemain yang kini menghuni ranking ke-15 dunia itu tidak mahu terlalu bimbang memikirkan nasibnya dalam misi merebut slot ke Sukan Olimpik Paris 2024, sebaliknya berusaha memberi sehabis baik sehingga ke tarikh penamat itu nanti.
"Sekarang ini, saya tak rasa sakit. Namun, saya belum 100 peratus cergas sebab ketika main (sesi latihan) saya belum dapat perasaan macam main sebelum ini," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di ABM Bukit Kiara disini hari ini.
Pemain yang menduduki ranking ke-15 dunia itu dijangka bakal diturunkan dalam saingan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia yang bakal berlangsung bermula 13 Februari ini.