Ng Tze Yong akan menjalani pembedahan di sebuah hospital terkenal di Doha, Qatar, di mana bintang sukan antarabangsa seperti Erling Haaland, Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele pernah memuji kemudahan di situ.
Tze Yong akan menjalani pembedahan di lutut kanannya yang tercedera ketika berentap dengan Angus Ng Ka Long dalam Masters Malaysia, dua bulan lalu.
Institut Sukan Negara (ISN) mengesyorkan pemain itu agar menjalani pembedahan di Hospital Ortopedik dan Perubatan Sukan Aspetar dan sedang untuk mencari tarikh yang sesuai.
“Kemudahan dan doktor yang saya temui di Aspetar sangat baik,” kata Haaland selepas penyerang Manchester City itu menjalani program pemulihan akibat kecederaan hamstringnya pada 2020.
Mbappe menyifatkan kemudahan itu sebagai "luar biasa" sambil mengesyorkan Aspetar untuk tujuan kecederaan dan pemulihan, manakala Dembele turut memuji kemudahan di hospital itu.
Justeru, Tze Yong perlu melupakan baki saingan tahun ini dan berpotensi pada separuh pertama tahun depan.
Begitupun, menerusi kepakaran yang terdapat di Aspetar, mudah-mudahan pemain berusia 25 tahun itu pulih dengan segera.
Sebelum episod malangnya itu, dia tersisih selama 14 bulan berikutan dua pembedahan belakang yang menyaksikan rankingnya jatuh ke tangga 195 dunia.