Skip to main content

Badminton

Tiga kali layak ke final, satu juara -- Pearly-Thinaah naik ranking ketiga dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pt.jpg
Selepas Chin Ee Hui-Wong Pei Tty, Pearly Tan-M. Thinaah, mencipta sejarah selaku beregu wanita negara kedua yang bakal menghuni kedudukan ketiga dunia menerusi sister perkiraan Persekutuan Badminton Dunia (BWF). 

Kemas kini tersebut menyaksikan gandingan wanita pertama negara itu naik satu anak tangga untuk memperbaharui pencapaian ranking dunia. 

Musim ini, bekas juara Terbuka Hong Kong 2024 itu telah berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir sebanyak tiga kali. Dan ketika jelajah BWF memasuki rantau Asia Tenggara, Pearly dan Thinaah menempah tiket ke final untuk dua kali. 

 

Masters Indonesia: Naib juara ditundukkan wakil Korea Selatan. 

Terbuka Thailand: Juara menjadikan mereka beregu wanita pertama negara dalam sejarah merangkul kejayaan itu

Terbuka Indonesia: Naib juara ditewaskan wakil China

Untuk rekod, Pearly-Thinaah muncul gandingan pertama Malaysia mara ke final selepas 16 tahun. 

Secara keseluruhan, mereka berdua sudah mengumpul empat kejuaraan sepanjang karier. 

Advertisement

Must Watch Video