Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menjadi wakil tunggal Malaysia layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Perancis selepas menewaskan wakil India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, di Paris lewat malam tadi.
Beregu negara itu memerlukan waktu sejam untuk menumbangkan pilihan kelima kejohanan berkenaan 18-21, 21-18, 21-17 untuk menempah tempat bertemu gandingan Korea Selatan, Ko Sung-hyun-Shin Baek-cheol, bagi perebutan ke final hari ini.
Kemenangan itu dilihat sebagai pemangkin motivasi pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu selepas mempamerkan aksi hambar dalam Piala Thomas dan tersingkir seawal pusingan kedua Terbuka Denmark minggu lalu.
Ketika Aaron dan Wooi Yik mengesahkan tempat ke separuh akhir, kesemua wakil negara yang lain terkandas selepas tewas straight set kepada lawan masing-masing.
Beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, ternyata tidak dapat menewaskan gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo, untuk akur dengan kekalahan 13-21, 20-22 dalam masa 26 minit.
Pasangan beregu campuran veteran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, pula tewas 10-21, 17-21 kepada juara Terbuka Denmark, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, dalam masa 37 minit.
Satu lagi beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, tewas kepada pilihan utama kejohanan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, 14-21, 10-21.

Quarterfinals action at the Stade Pierre De Coubertin in Paris as Chan/Goh ?? meet Watanabe/Higashino ??.#BWFWorldTour #FrenchOpen2021 #RaiseARacket? pic.twitter.com/OdNmdhmVi7
— BWF (@bwfmedia) October 29, 2021