Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, enggan meletakkan sasaran kejohanan sebalik mengutamakan peningkatan mutu permainan mereka setiap kali turun ke gelanggang.
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menjadi wakil tunggal Malaysia layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Perancis selepas menewaskan wakil India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, di Paris lewat malam tadi.
Beregu negara itu memerlukan waktu sejam untuk menumbangkan pilihan kelima kejohanan berkenaan 18-21, 21-18, 21-17 untuk menempah tempat bertemu gandingan Korea Selatan, Ko Sung-hyun-Shin Baek-cheol, bagi perebutan ke final hari ini.
Kemenangan itu dilihat sebagai pemangkin motivasi pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu selepas mempamerkan aksi hambar dalam Piala Thomas dan tersingkir seawal pusingan kedua Terbuka Denmark minggu lalu.
"Saya berasakan kami telah bermain dengan baik dan menilai gaya permainan lawan dengan baik. Buat masa ini, kami tidak meletakkan sebarang sasaran kerana mahu memastikan permainan kami terus diperbaiki daripada perlawanan ke perlawanan seterusnya," kata Aaron.
Manakala perjalanan pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, terhenti di peringkat suku akhir apabila tewas straight set kepada pilihan ketiga, Arisa Higashino-Yuta Watanabe.
Di set pertama, momentum Peng Soon-Liu Ying agak perlahan hingga ditinggal jauh pasangan jepun 21-10.
Beregu profesional negara itu cuba untuk bangkit namun tidak cukup untuk menandingi pasangan Jepun itu sebab diorang memang dah leading dan terus mengekalkan momentum untuk memastikan straight set dalam genggaman.