Skip to main content

Badminton

Terbuka Perancis: Aaron-Wooi Yik, Arif-Roy King melangkah ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-china.jpg
Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke suku akhir selepas mencatat kemenangan meyakinkan 21-10, 24-22 ke atas rakan senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan akan bertemu pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam saingan Terbuka Perancis.

Satu lagi pasangan negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, meneruskan rentak cemerlang skuad badminton negara apabila menewaskan gandingan China, Xie Haonan-Zeng Wei Han 21-12, 21-17 untuk mara ke suku akhir. 

Mereka bakal berdepan pilihan kelapan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.

Dalam acara beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah mengekalkan momentum kemenangan selepas menumpaskan pasangan China, Bao Li Jing-Zhang Shu Xian 22-20, 21-15.

Gandingan negara itu seterusnya akan berdepan pasangan handalan China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, yang mendahului rekod pertemuan mereka 8-1.-Awani
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video