Pasangan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, bertekad untuk melakukan kebangkitan dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, minggu depan, selepas tercabar dengan peningkatan prestasi pasangan muda negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Yew Sin-Ee Yi mara ke final Masters Malaysia sebelum tumpas kepada pasangan Indonesia, Marcus Fernaldi-Kevin Sanjaya, 15-20 Januari lalu.
Aaron dan Wooi Yik pula mencipta kejutan menerusi kemaraan mereka ke final Kejohanan Seluruh England, 6-10 Mac lalu.
Kejayaan itu akan dijadikan pembakar semangat buat Yew Sin dan Ee Yi untuk membuktikan mereka juga mampu mencabar kejuaraan.
"Sebelum ini, kami sentiasa ingin mengejar prestasi Goh V Shem dan Tan Wee Kiong.
"Situasinya sama sahaja dengan mereka.
"Apabila pemain muda memberikan aksi terbaik, ia pasti akan memberikan tekanan buat kami.
"Ia merupakan persaingan sihat dan amat baik untuk perkembangan badminton negara," kata Yew Sin.
Yew Sin-Ee Yi akan berdepan gandingan Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh, dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia, 2-7 April ini.
Justeru, pasangan itu mahu menjadikan perlawanan tersebut sebagai permulaan untuk mereka memperbaiki ranking dunia yang ketika ini di tangga ke-22.
"Setiap perlawanan pasti akan mendatangkan cabaran.
"Gandingan Thailand itu pernah menewaskan kami, jadi kami akan pastikan ia tidak berulang," tambahnya.