Kejutan dilakukan gandingan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Soong Fie Choo, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2018 selepas menumbangkan gandingan ke-13 dunia dari Jepun, Naoko Fukuman-Kurumi Yonao dalam aksi tiga set yang mendebarkan, hari ini.
Tidak banyak harapan diberikan kepada Vivian-Fie Choo yang digandingkan dalam kejohanan ini.
Mereka tewas 16-21 dalam set pertama, namun Vivian-Fie Choo menukar gaya permainan untuk menang 21-18 bagi mengheret pertarungan dalam set penentuan.
Slot ke pusingan kedua sah menjadi milik mereka apabila mengatasi lawan dari Jepun itu dalam set ketiga dengan kemenangan 21-15.
"Perlawanan hari ini memang sukar dan kami sudah menjangkakan, sebab itulah kami bersedia dengan permainan rali yang panjang pada hari ini," kata Vivian.
Satu lagi pasangan beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yuen, hampir mencipta kejutan ke atas pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio, Misaki Mmatsumoto-Ayaka Takahashi.
Bagaimanapun, kegugupun dalam set kedua menyebabkan mereka terpaksa berputih mata untuk akur dengan keputusan 16-21, 22-24.
"Mereka merupakan beregu senior (berpengalaman), namun kami tidak menganggap mereka begitu.
"Cuma ketika di ambang kemenangan, kami agak terburu-buru selain mula beraksi dengan berhati-hati.
"Oleh itu, peluang kesilapan dilakukan kami lebih tinggi," kata Mei Kuan pula.