Pemain Denmark itu masih lagi merupakan pemain yang perlu ditewaskan dan disifatkan sebagai perseorangan lelaki yang sangat kompetitif di atas kertas menerusi pakej lengkap yang merangkumi kekuatan, kelajuan, kemahiran, ketangkasan, disiplin dan kerendahan hati.
Penyandang juara Sukan Olimpik itu hampir tidak berdepan masalah untuk menggondol Terbuka Malaysia tahun lalu tetapi kali ini ia mungkin menjadi cerita berbeza berbanding yang lain dalam kalendar penting tahun ini, khususnya temasya di Paris.
Berikut ialah tiga pencabar perseorangan lelaki yang mampu mengecewakan bontang Denmark itu menjelang kempen Jelajah Dunia 2024.
Loh Kean Yew
Axelsen berdepan cabaran dalam perlawanan pertama apabila bakal berhitung dengan pemain kelahiran Malaysia ini.
Pemain Denmark itu telah memenangi tiga pertemuan terakhirnya ke atas pemain Singapura itu tetapi Kean Yeaw pastinya tidak akan bersandarkan rekod lampau di Arena Axiata, di mana dia sering mendapat sokongan.
Aset terbesarnya ialah kepantasan serta gerakan refleksnya yang luar biasa dan apabila dia menggunakan kelebihan dengan baik, mana-mana lawan pun biasanya akan menghadapi masalah.
Jika pemain nombor 10 dunia itu mampu memberi tekanan menekan Axelsen maka dia berpeluang untuk menang.
Lee Zii Jia
Untuk membolehkan Zii Jia menempah pertemuan dengan Axelsen, dia perlu mengatasi Lu Guang Zu terlebih dahulu dan berkemungkinan besar mengadakan pertemuan dengan Anthony Ginting, seterusnya Shi Yu Qi.
Jadi ia akan menjadi jalan yang sukar untuk laluan untuk sekurang-kurangnya ke separuh akhir.
Begitupun, rehat yang panjang lebih sebulan menjadi harapannya untuk kembali vergas bagi menakluki lawannya di tanah air, venue di mana dia masih belum menyerlah.
Pemain nombor 11 dunia itu telah menang tiga kali dalam lapan pertemuan menentang pemain nombor satu dunia itu dengan kemenangan terakhir mereka dirakam dalam perlawanan akhir All-England 2021.
Dalam pertembungan terbaru -- Piala Sudirman tahun lalu, Axelsen terpaksa menarik diri akibat kecederaan.
Sekiranya perlawanan ini berlaku, nasib berkemungkinan besar memihak Zii Jia sekiranya dia melepasi halangan pemain seperti Antony dan yuqi untuk ke separuh akhir.
Li Shi Feng
Li Shi Feng melengkapkan barisan berkualiti seperti Anders Antonsen, Kodai Naraoka, Ng Tze Yong, Kunlavut Vitidsarn dan H.S.Prannoy.
Walaupun Tze Yong dan Prannoy telah menewaskan Axelsen dalam kejohanan besar tahun lalu, Shi Feng akan menimbulkan ancaman berbeza kepada pemain Denmark sekiranya mereka bertemu dalam final.
Pemain China ini mengharungi musim 2023 dengan menawan All-England dan merangkul dua pingat emas Sukan Asia menerusi acara individu dan berpasukan, selain beberapa naib juara dalam Jelajah Dunia.
Pemain nombor tiga dunia itu juga merupakan satu-satunya pemain dalam ranking 10 terbaik yang belum pernah Axelsen hadapi dalam Jelajah Dunia.
Justeru, Shi Feng juga boleh menjadi lawan yang menarik.