Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton terbuka Malaysia selepas menewaskan gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.
Sze Fei dan Nur Izzuddin mempamerkan aksi hampir sempurna dalam set pertama, di mana mereka tidak pernah ketinggalan sebelum menamatkan saingan itu dengan kemenangan 21-11.
Bagaimanapun, tahap kecergasan beregu negara itu mula menurun dalam set kedua sambil Yu Chen dan Xuan Yi pula mula mempamerkan corak lebih agresif sehigga kedudukan terikat 20-20 tetapi gema sorakan padu penyokong membolehkan Sze Fei dan Nur Izzuddin memungut dua mata terakhir selepas bertarung selama 36 minit.
Seterusnya, mereka akan berdepan gandingan pilihan keenam dari Indonesia, Fajari Alfian-Muhammad Rian Ardianto, bagi penentuan ke final esok.
Dalam pada itu, hasrat untuk menyaksikan beregu wanita meningkat naik negara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing, mara lebih jauh tidak kesampaian selepas perjuangan mereka ditamatkan gandingan pilihan kelima dari jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara.
Selepas mengejutkan pilihan kedua dari Korea Selatan, Lee So Hee-Shin Seung Chan, dalam pusingan kedua semalam, wakil negara itu sekali lagi menerbitkan harapan apabila mendahului 13-8 dalam set pertama tetapi selepas itu, mereka mula kehilangan momentum untuk membenarkan lawan mengikat kedudukan 14-14 sebelum akur tewas 21-15.
Skrip sama berlaku dalam set kedua, di mana pasangan negara itu tidak pernah ketinggalan sebaik mendahului 4-3.
Bagaimanapun, beberapa siri kesilapan menyaksikan mereka membenarkan lawan mengikat kedudukan 19-19 sebelum tewas 23-21.

RESULTS: #PETRONASMalaysiaOpen2022
— BAM (@BA_Malaysia) July 1, 2022
QF#MAS?? Goh Sze Fei-Nur Izzuddin def. #CHN?? Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 21-11 22-20#GemilangkanLagi#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/8fMxXqkTyI
Dalam pada itu, hasrat untuk menyaksikan beregu wanita meningkat naik negara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing, mara lebih jauh tidak kesampaian selepas perjuangan mereka ditamatkan gandingan pilihan kelima dari jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara.
Selepas mengejutkan pilihan kedua dari Korea Selatan, Lee So Hee-Shin Seung Chan, dalam pusingan kedua semalam, wakil negara itu sekali lagi menerbitkan harapan apabila mendahului 13-8 dalam set pertama tetapi selepas itu, mereka mula kehilangan momentum untuk membenarkan lawan mengikat kedudukan 14-14 sebelum akur tewas 21-15.
Skrip sama berlaku dalam set kedua, di mana pasangan negara itu tidak pernah ketinggalan sebaik mendahului 4-3.
Bagaimanapun, beberapa siri kesilapan menyaksikan mereka membenarkan lawan mengikat kedudukan 19-19 sebelum tewas 23-21.
RESULTS: #PETRONASMalaysiaOpen2022
— BAM (@BA_Malaysia) July 1, 2022
QF#JPN?? Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara(5) def. #MAS?? Anna Cheong-Teoh Mei Xing 21-15 23-21#GemilangkanLagi#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/dUK9lR3cCj