Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

Terbuka Malaysia: Soniia, Jin Wei berdepan ranjau sukar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

goh-jin-wei.jpg
Di sebalik cabaran sukar, skuad perseorangan wanita negara tetap mencari ikhtiar bagi menyerlahkan diri dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil, 2-7 April ini, menerusi dua wakilnya, Soniia Cheah dan Goh Jin Wei.

Soniia misalnya berdepan krisis keyakinan diri selepas permulaan hambar dalam keempat-empat kejohanan yang disertainya musim ini .

Lebih mengecewakan apabila dia ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama dalam kesemua kejohanan itu, termasuk Seluruh England.

Terbuka Malaysia edisi ini bakal menyaksikan satu lagi cabaran sukar buat Soniia, yang akan berdepan perseorangan nombor empat dunia dari Jepun, Akane Yamaguchi.

Jin Wei pula sedang mengejar masa untuk kembali berada di kemuncak prestasi susulan waktu rehat panjang.

Difahamkan, bekas juara remaja dunia itu hanya dapat turun ke gelanggang latihan sejak minggu ini.

"Berdasarkan undian, Jin Wei masih berpeluang cerah untuk melepasi pusingan pertama.

"Saya tidak meletakkan harapan untuk menyaksikan mereka ke final, namun jika mereka mampu untuk mengekalkan prestasi terbaik, mereka mampu untuk melakar kejutan.

"Situasi itu sama seperti Soniia yang akan berdepan Yamaguchi.

"Saya percaya peluang mereka masih ada dan jika mereka dapat menumbangkan salah satu pemain ternama, ia sudah cukup baik," kata ketua jurulatih perseorangan wanita negara, Datuk Tey Seu Bock.

Advertisement

Must Watch Video