Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia medan pemanas badan beregu campuran negara -- Nova

nova-widianto.jpeg
Jurulatih beregu campuran baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Nova Widianto, akhirnya meletak sasaran realistik buat anak buahnya Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing, serta Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk diharungi pada musim 2023.

Kedua-dua pasangan bimbingan Nova itu akan membuka lembaran musim 2023 dengan aksi di Terbuka Malaysia -- walaupun menyedari kejohanan itu umpama pemanas badan.

Nova turut menyifatkan, buruan kelayakan mata ke Sukan Olimpik Paris bukan keutamaan buat Pang Ron, Mei Xing, Tang Jie dan Ee Wei kerana dia hanya akan menguji pasangan bergu campuran negara itu di kejohanan siri 500 sekaligus mendaki kedudukan ranking dalam misi mengejar slot ke Paris.

Nova turut memohon tempoh lapan bulan untuk mempersiapkan anak buahnya serta menilai kemampuan sebenar mereka.

Juara dunia dua kali itu turut menegaskan-- komunikasi antara pemain perlu dititikberat bagi meningkatkan keserasian dalam gelanggang.

Advertisement

Must Watch Video